Tuesday, February 16, 2010

Satu Hari Di Vivo

Hari ini saya ke Vivo City dgn kawan-kawan sekolah rendah tapi tak semua pergi cuma enam orang sahaja. Saya,Fahmi,Sahfiq(yang Berada di gambar),Nasarudin,Syed Hood dan adikku. Kami jumpa di kedai Leisure di Clementi MRT Stesen. Kami menunggu Syed Hood terlalu lama hingga terlena di tempat duduk. Sudah kami sampai destinasi kami,kami tak tahu apa nak makan. Kecohnya kami di sana! Akhirnya kami makan di Banquet di Harbourfront Centre. Selepas itu aku,Fahmi,Sahfiq berpisah dari Syed Hood,Nasarudin dengan adikku. Aku ke Sky Garden untuk jumpa keluarga Amirah dan mandi air di sana. kita main-main disana sampai seluarku basar pula hehe. Selepas itu kami ke Toys R Us kami main-main mainan disana. Hai macam budak-budak kecil pula kami ni haha. Selepas itu kami ke arcade main Guitar Hero. Inilah pertama kali saya main Guitar Hero. Semasa kami main Guitar Hero Syed Hood fikirkan kami harus ke Peninsula untuk melihat guitar-guitar yang ada disana. Inilah ke lima kali saya disana,di Peninsula aku terjumpa saudaraku dan teman wanitanya. WOW! tapi umurnya 25 taun haha. Ada jugak kedai buka di Hari Cina ini,kami sudah pilih guitar apa kami mahu. Ada juga yang berharga setinggi $2560!! Ada juga yg serendah $256.90! Itulah saya dan Syed Hood mahu beli di akhir tahun ini. Harap-harap saya dapat guitar itu. Kami balik menaiki MRT tapi Syed Hood,Sahfiq dan Fahmi menaiki bas nombor 166 yang terus ke Clementi stesen. Itulah kejadian hari ini. Bye 8].

Wednesday, September 9, 2009

Hari Kebangsaan

Selamat hari jadi Singapura!!!harap dalam tahun depan akan menjadi bagus.NDP tahun ini gerek dgn semua rancagan lain.Rancagan yg aku suka ialah yang pertama bila Suhaimi Yusof dan Mark Lee berlakon seperti menteri Sang Nila Utama.Mereka cakap dgn bahasa 'Singlish'.Di pukul 8.22 mlm kami semua mengambil ikrar Singapura aku dan keluarga aku pun buat seperti berikut.Walaupun au tidak ke mana-mana aku masih bangga kt rumah.

Sunday, August 23, 2009

Bulan Ramadan Bermula

Hari Sabtu ini bulan Ramadan bermula dan aku tidak sabah untuk puasa.Semasa sahur hari sabtu aku makan nasi goreng lazat tu.Telur,nugget juga ada.Waktu buka pula beli makannan luar aku pula beli makanan 'chicken cutlet' ayamnya besar.Hari ini pula sahur aku makan ayam masak merah senangnya untuk mendapat bukan susah sekali kalau makan pun cuma hari istimewa sahaja tanya lah dengan ibubapa kamu atau cikgu rozeglina.Waktu buka pula baru beli nasi ayam(ayam lagi).Besok pergi NCC camp kat HQ(daerah Ang Mo Kio) tak tahu ape nak buka kt sana.

Sunday, August 16, 2009

15/8/09

Hari ini aku pergi ke kedai makanan yang digemari ramai orang ialah KFC.Di sana ada ramai orang.Barisannya sampai setengah kfc macam mana pun aku beratuh juga.Semasa beratuh aku ternampak ramai orang bangla dan aku teringat yang sekarang ada promisi singtel dan kfc.Dalam setengah jam aku sesudah beli makanan dan untuk aku inilah barisan yang sangat jauh untuk kedai kfc.

Sunday, August 9, 2009

Hari Sabtu 8/9/09

Hari itu aku mkn Pizza Hut.mmmm sedap aku dah lama tk mkn pizza.Inilah kerana saya menyambut hari kebangsaan.Selagi pun hari ini bukan hari kebangsaan aku berasa bangga sebagai rakyat Singapura.

Sunday, July 26, 2009

Liverpool vs Singapore

Malam ini lah peminat-peminat Liverpool akan tengok permainan itu.Saya bukan peminat club ini tetepi saya harap Singapore akan menang.Saya tak nak menghinakan peminat semua cuma nak Singapore menang sahaja.Mereka akan main di stadium nasional yang stadium nasional ini kata nk roboh dah berapa tahun tk roboh apa lah government Singapore ini.

Saturday, July 18, 2009

Humanities Project

Minggu lepas ada humanities project ini menunjuk kami cara orang-orang negeri lain bergaya,makan dan macam-macam lagi.Ini semua di buat oleh budak-budak menengah 2.Tetapi ia mengambil waktu rehat kami sebab itulah kami mesti beli dari kedai-kedai diselesaikan.Sama juga dengan subjek matematik,kami ponting pelajaran itu nasib baik seh.Dalam tahun depan saya pula mesti buat projek ini.